Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak
pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya
ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih
baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih
baik perlindungan dan prestasinya.
Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan
minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama
lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak
pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati.
Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir
mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu
jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil
maksimum.
Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak
pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis.
Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia
yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia
yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin
boleh dilindungi dengan lebih baik.
Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?
Jika
minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir
yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan
menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak
bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di
dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.
Apakah maksud 5W-40?
Minyak
pelincir ini ialah minyak pelincir multigred. Kesemua angka 5W, 10W,
dan 40 mewakili gred kelikatan SAE*. 5W-40 bermakna minyak pelincir ini
mempunyai unsur suhu rendah minyak pelincir 5W pada suhu rendah dan
bertindak sebagai minyak pelincir kelikatan lebih tinggi (40) pada suhu
tinggi. Minyak pelincir dengan satu angka, dikenali sebagai minyak
pelincir monogred meliputi rangkaian suhu yang lebih kecil kerana sama
ada ia terlalu likat atau terlalu cair pada suhu lain.
Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak.
Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak
pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang
mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang
banyak. Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti
kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan
penjimatan bahan api.
*SAE - Society of Automotive Engin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan