Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya
pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan
tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan
apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan
dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi
perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya
tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran
sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan
jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini
dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini
mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau
skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya
masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru
untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku
boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar
baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun
demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan
dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan
kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan
depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat
hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat
pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda
tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan
besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh
terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod
gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang
boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan
mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk
mengatasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan