Cara Penjagaan Sistem Brek.
1. Setiap sebulan
sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum
pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum.
JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH
PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan
semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek.
Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam
'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem
saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana
yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat
merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya
terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan
berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik
memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini
mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang
dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah
minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3
untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan
drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang
mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak
pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan
keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada
seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya
terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai
samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik
brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang
lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek
mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang
selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik
brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus
mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik
brek.
7. Untuk kereta
auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang
(biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa
pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda
ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat
kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan
syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku
disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap
kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni
bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin
(gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda
suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda
kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar
juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini
bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan
tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat
apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda
untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek,
minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan
clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin,
penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje
kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu
dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam
apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan
bayaran yang tinggi untuk upahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan